Motorola Kembali Dengan Model Edge+ Bersama Kamera 108MP - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Motorola Kembali Dengan Model Edge+ Bersama Kamera 108MP


Sekian lama, Motorola yang dulunya pernah jadi pengeluaran telefon terkenal suatu ketika dulu muncul kembali dengan kejutan yang drastik. Motorola dikatakan akan hadir dengan model yang baru tahun ini iaitu Motorola Edge+. Model motorola yang dikeluarkan sebelum ini pada tahun 2018 adalah model Motorola Moto Z3. Buat masa ini, masih tiada maklumat tentang tarikh pelancaran Motorola Edge Plus selepas mereka telah membatalkan tarikh yang sepatutnya peranti ini dilancarkan pada acara MWC 2020 akibat wabak covid-19.


Menurut Mesra Mobile, peranti ini bakal hadir bersama skrin 6.67 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Peranti baru yang dikeluarkan Motorola ini juga bakal hadir dengan tiga kamera belakang dengan main sensor 108 megapizel dan dua lagi sensor adalah 8 megapixel lensa telefoto dan dikatakan berkemampuan untuk 3X Zoom serta yang satu lagi adalah 16 megapixel kamera sudut lebar. Untuk kamera hadapan, ianya terletak di penjuru skrin hadapan dan didatangkan dengan kamera 25 Megapixel gais.

Motorola Edge Plus ini juga hadir dengan pemprosesan Snapdragon 865 dengan rangkaian 5G. Kapasiti bateri yang dibekalkan adalah sebanyak 5,170mAh serta ada audio jack. Jadi, ianya mudah untuk segentir individu yang masih suka menggunakan audio jack untuk memakai earphone ataupun headset untuk buat apa sahaja yang berkaitan dengannya. Sesiapa yang berminat dengan Motorola Edge Plus ini, bersabar dan tunggu sehingga tarikh baru pelancaran ini diumumkan ya. Ohmedia sendiri berminat dengan reka bentuk yang ada pada Motorola Edge Plus ni.

Sumber : Mesra Mobile

+ Baca respon pembaca peranti terbaru Motorola di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.