Majlis Konvokesyen Di Jepun Menarik Perhatian Seluruh Dunia, Ganti Graduan Dengan Robot! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Majlis Konvokesyen Di Jepun Menarik Perhatian Seluruh Dunia, Ganti Graduan Dengan Robot!


Baru-baru ini, ada seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @aku_orang_apa berkongsi satu posting mengenai majlis konvokesyen diwakili oleh robot bagi para graduan sehingga menarik perhatian netizen di seluruh dunia.


Pusat pengajian tinggi dikenali sebagai Business Breakthrough University (BBT) yang terletak di Chiyoda City, Tokyo, Jepun telah mengadakan majlis konvokesyen pada 28 Mac lalu di Hotel Grand Palace tanpa kehadiran graduan.


Apa yang lebih menarik adalah majlis konvokesyen itu menggantikan para graduan yang terlibat dengan robot. Wah, first time Ohmedia tengok macam ni. Memang lain daripada yang lain. Diorang buat macam ni sebab untuk mengelakkan penularan jangkitan wabak Covid-19.


Robot yang mewakili para graduan itu dikenali sebagai ‘Newme’ yang dikawal dari jarak jauh bagi mengambil skrol daripada Dekan Universiti. Siap pakai jubah tau!


Bukan tu jer, kalau korang tengok mortarboard dalam gambar tu ada wajah graduan sebenar pada paparan skrin menerusi aplikasi Zoom untuk menyaksikan majlis bersejarah tersebut. Mereka juga dibenarkan untuk berkongsi perasaan mereka dan menghantar komen.

OHMEDIA: ORANG JEPUN NI KREATIF BILA BUAT SESUATU. TAHNIAH KEPADA PARA GRADUAN!

Sumber: Twitter

+ Baca respon pembaca rasa tertarik dengan Jepun di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.