Khai Bahar Terpaksa Berjauhan Dengan Keluarga Di Perlis - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Khai Bahar Terpaksa Berjauhan Dengan Keluarga Di Perlis


Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum tamat, penyanyi Khai Bahar menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini agak berbeza kerana dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya yang berada di negeri Perlis.

Menurut laporan mStar, Muhammad Khairul Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Khai yang berusia 26 tahun itu berkata beliau tidak mempunyai sebarang persediaan bagi menyambut kedatangan Ramadhan pada hari Jumaat ini.

Sekarang ini saya di Selangor dan memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi tak bolehlah nak meraikan Ramadhan macam tahun sebelum ini di Perlis. Tiada sebarang persediaan, sama macam tahun lepas beli barang-barang keperluan sahaja. Sebagai umat Islam, semestinya kita sentiasa menanti-nantikan kedatangan Ramadhan ini. Tapi kalau tanya saya apa paling rindu...saya rindu nak beli murtabak di bazar ramadhan, nampaknya tahun ni tak ada rezeki, mungkin kena buat sendiri.

Tak apalah, Khai Bahar. InsyaAllah, awak boleh beli murtabak dekat bazar ramadhan pada tahun depan kalau ada rezeki dan boleh berkumpul dengan keluarga macam biasa selepas jangkitan wabak ini berakhir.

OHMEDIA: STAY SAFE!

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca rasa sedih tak dapat pergi bazar ramadhan tahun ni di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.