Kerajaan Putuskan Tiada Lagi Caj RM1 Di Mesin MEPS Sehingga Selesai Tempoh PKP - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kerajaan Putuskan Tiada Lagi Caj RM1 Di Mesin MEPS Sehingga Selesai Tempoh PKP


Bagi memudahkan urusan orang ramai untuk mengeluarkan duit dari akaun bank masing-masing, kerajaan telah bertindak memberi pengecualian caj pengeluaran RM1 di semua mesin Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS). Inisiatif berkenaan dipetik dari Berita Harian melaporkan akan berkuatkuasa Isnin ini, 6 April 2020.

Perkara ini diumum oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimana beliau menjelaskan bahawa langkah berkenaan dibuat bagi memastikan orang ramai tidak berpusu-pusu ke kaunter juruwang  serta memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat pengeluaran.

Tambahan pula, tidak lama lagi Bantuan Prihatin Nasional akan dikreditkan kedalam akaun bank bagi mereka yang lulus dalam permohonan. Setidaknya, orang ramai dapat mengeluarkan wang sepenuhnya tanpa caj pengeluaran yang dikenakan sebelum ini.



OHMEDIA: BAGUS INISIATIF YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN SETIDAK DAPAT MENGURANGKAN KESESAKAN DI KAUNTER JURUWANG. TAPI BILA DAH ADA KEMUDAHAN MACAM NI, JANGAN DEPAN MESIN TU BARU FIKIR NAK KELUAR BERAPA. FIKIR DARI RUMAH SIAP-SIAP UNTUK ELAKKAN KORANG BERDIRI LAMA DEPAN MESIN MEPS TU SEBAB ORANG LAIN PUN NAK PAKAI JUGA.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca kerajaan putuskan tiada lagi caj RM1 di mesin MEPS di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.