Jumlah Kes COVID-19 Mencecah 1 Juta Seluruh Dunia - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Jumlah Kes COVID-19 Mencecah 1 Juta Seluruh Dunia


Semalam (3 Mac 2020) rekod jumlah mereka yang terkena jangkitan COVID-19 di seluruh dunia telah mencecah angka 1 juta orang dan Eropah menjadi antara kawasan yang paling terjejas pada waktu ini.

Sepanyol dan Britain juga merekodkan jumlah kematian tertinggi setiap hari dan AS pula kini sedang berhadapan dengan 6.65 juta tuntutan rakyatnya yang kini menjadi penganggur dan hilang sumber pencarian.

Menurut sumber rasmi WHO, COVID-19 telah menjangkiti lebih 989,000 penduduk dunia dan separuh dari jumlah ini datang dari Eropah sebanyak 540,000 kes dengan 51,000 kematian.

Terdapat peningkatan mendadak yang membimbangkan membabitkan kes baharu dan jumlah itu boleh mencecah jutaan dalam masa beberapa hari. - Kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Bagaimanapun, pakar melihat situasi yang berlaku di Eropah kini sudah hampir menunjukkan tanda tiba waktu puncaknya. Namun masih terlalu awal untuk menarik nafas lega.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.