Tutup Kedai Gunting Rambut, Joe Flizzow Utamakan Keselamatan Pekerja Dan Pelanggan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tutup Kedai Gunting Rambut, Joe Flizzow Utamakan Keselamatan Pekerja Dan Pelanggan


Joe Flizzow merupakan penyanyi rap terkenal dan juga pemilik kedai gunting rambut popular Joe's Barbershop. Menerusi Instagram Story miliknya semalam, Joe Flizzow mengumumkan bahawa semua outlet kedai gunting rambutnya akan di tutup dan menghentikan perkhidmatan seketika walaupun kerajaan membenarkan beroperasi.


Joe berbuat demikian untuk mengutamakan keselamatan semua pekerjanya dan juga pelanggan yang datang. Bagus juga tindakan Joe ini, kita semua pun dah sedia maklum yang wabak covid-19 ini memang senang untuk dijangkiti sesiapa saja dan tak mengira usia. Selagi kita boleh  mencegah, sama-sama lah kita usaha ya.

Kerajaan juga baru saja mengumumkan yang PKP akan berlanjutan sehingga 28 April nanti. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha untuk memutuskan rantaian wabak covid-19 ini dan sekaligus membantu fronliners yang berjuang mati-matian untuk pulihkan balik keadaan menjadi seperti sediakala.

Sumber : Joe Flizzow

+ Baca respon pembaca Joe Flizzow tutup semua outlet Joe's Barbershop di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.