iPhone SE 2020 VS iPhone XR, Mana Lebih Berbaloi Untuk Anda Miliki? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

iPhone SE 2020 VS iPhone XR, Mana Lebih Berbaloi Untuk Anda Miliki?


Semua sedia maklum, minggu lepas Apple telah melancarkan model baru untuk lineup SE, iPhone SE (2020). Secara keseluruhan, spesifikasi yang ditampilkan tidak banyak beza dengan iPhone XR yang dilancarkan tahun lepas.

Mungkin ada diantara anda semua yang pening sama ada untuk membeli iPhone SE yang baru dilancarkan atau memilki iPhone Xr yang sudah dua tahun dipasaran. Oleh itu, Ohmedia kongsikan perbezaan yang ada pada kedua-dua peranti ini untuk anda buat pertimbangan.

Design

Sumber gambar dari Apple
Secara keseluruhannya reka bentuk yang ditampilkan untuk iPhone SE ini lebih kepada reka bentuk lineup iPhone 6, 7 dan 8, dimana ia mempunyai bezel pada bahagian atas dan bawah serta Home button dengan Touch ID authentification.

Sumber gambar dari Apple
Manakala untuk iPhone XR, lebih moden dengan bezel yang lebih kecil pada keseluruhan tepi telefon dengan notch terletak pada bahagian atas dimana notch berkenaan dilengkapi dengan TrueDepth sensor untuk Face ID authentification.

Display

Sumber gambar dari Apple
Untuk iPhone SE, peranti ini mempunyai saiz skrin sebesar 4.7 inci ini dengan ciri paparan Retina HD yang mempunyai ukuran resolusi sebesar 1334x750 pixel pada 326 pixel per inci. Manakala untuk iPhone Xr. peramti ini mempunyai ukuran skrin sebesar 6.1 inci dengan ciri paparan Liquid Retina HD dimana resolusinya adalah 1792x828 juga 325 pixel per inch sama seperti iPhone SE.

Sumber gambar dari Digital Trend


Battery Capacity

Sumber gambar dari Apple
Bateri iPhone SE dikatakan setanding dengan iPhone 8. Baru-baru ini telah terdedah bahawa peranti ini mempunyai kapasiti sebesar 1,821 mAh, manakala bagi iPhone Xr pula adalah sebesar 2,942 mAh, dimana dua kali ganda lebih besar dari iPhone SE. Namun kedua-dua peranti berkebolehan mengecas pantas, dimana 50% pada 30 minit, tetapi anda perlu membeli adapter 18W secara berasingan.

Sumber gambar dari Apple


Power

Sumber gambar dari Apple
Bagi iPhone SE, peranti ini dikuasakan dengan cip pemprosesan berkuasa yang ada pada iPhone 11, iaitu cip bionik A13 dengan 7 nanometer pemproesesan serta dilengkapi dengan 3GB Ram. Berbanding dengan iPhone Xr, ia dikuasakan dengan kapasiti RAM yang sama tetapi dikuasakan oleh cip pemrosesan bionik A12, cip yang dipakai pada iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Sumber gambar dari Apple

Camera

Sumber gambar dari Apple
Secara teknikalnya, kedua-dua peranti mempunyai ciri-ciri kamera yang sama, iaitu 12MP wide camera dengan f/1.8 aperture, Potrait Mode, Optical Image Stablization, menyokong rakaman 4k, Slow Mo, serta Time lapse.

Namun terdapat beberapa ciri khas yang dihadirkan pada iPhone SE yang tidak pada iPhone Xr. Antaranya ialah, 6 efek untuk Potrait Lighting berbanding 3 pada iPhone Xr. Selain itu adalah Sapphire Crystal Lens, Next generation Smart HDR, menyokong rakaman Cinematic pada kualiti 4k dan QuickTake video.

,center>
OHMEDIA: TIDAK BANYAK PERBEZAAN YANG KETARA MENGENAI SPESIFIKASI YANG DITAMPILKAN PADA KEDUA-DUA PERANTI INI NAMUN MASING-MASING MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEKURANGANNYA TERSENDIRI. TEPUK DADA TANYA SELERA.

Sumber: 5to9Mac

+ Baca respon pembaca antara iPhone SE dan iPhone Xr mana yang lebih berbaloi untuk dimiliki di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.