iPhone SE (2020) Diperkenalkan Dengan Harga Jualan Bermula RM1,999 Di Malaysia. Murah! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

iPhone SE (2020) Diperkenalkan Dengan Harga Jualan Bermula RM1,999 Di Malaysia. Murah!


Khabar mengenai Apple akan melancarkan sebuah model iPhone dalam masa terdekat akhirnya terjawab apabila Apple telah mengumumkan pelancaran iPhone SE semalam. Ada beberapa perkara yang korang perlu ketahui mengenai iPhone SE yang dilancarkan semalam.

Dari segi paparan, iPhone SE ini dilengkapi dengan Retina IPS LCD dimana saiz skrin sebesar 4.7 inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels. Ia dihadirkan dengan 3 jenis warna utama, iaitu hitam, putih dan juga merah. Peranti ini juga mempunyai nilai IP67, dimana ia kalis air dan debu  pada kedalam 1 meter untuk 30 minit.


Secara fizikal, peranti ini dibina dengan gelas kaca  yang disokong dengan kerangka aluminium. iPhone ini dikuasakan dengan cip pemprosen yang paling berkuasa, iaitu cip bionik A13 dengan 7 nanometer pemprosesan dan mempunyai 3 jenis storan dalam yang ditawarkan, 64GB, 128GB dam 256GB. Namun jumlah RAM tidak dinyatakan oleh pihak Apple.

Sumber gambar dari Mac World
Dari segi keupayaan kamera, kanera utama mempunyai saiz sebesar 12MP dengan f/1.8 (wide) yang menyokong rakaman 2160p@24/30/60fps, 1080p@30/60/120/240fps. Manakala untuk kamera kedua dibahagian hadapan, saiz kamera adalah 7 MP dengan f/2.2 dan menyokong rakaman pada 1080p@30fps.



Selain saiz RAM, kapasiti bateri juga tidak dinyatakan. Namun pihak Apple mendakwa ketahanan bateri adalah sama seperti iPhone 8 sebelum ini. Peranti ini dikatakan menyokong ciri pengecasan pantas serta mempunyai ciri pengecasan nirwayar menggunakan format Qi. Untuk harga, ia bermula dari RM1,999 bagi model 64GB dan meningkat ke RM2699 bagi model 256GB.



Secara keseluruhannya, iPhone SE 2020 ini dilihat sebagai jelmaan semula iPhone 8 yang sudah pun ditamatkan pengeluarannya setelah peranti ini dilancarkan semalam.



OHMEDIA: DENGAN SPEC YANG DITAWARKAN, RASANYA BERBALOI TAK DENGAN HARGA YANG DIBERIKAN? 

Sumber: GSM Arena | Mac Rumors

+ Baca respon pembaca apa yang korang perlu tahun tentang iPhone SE yang dilancarkan semalam di Facbook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.