Ini 5 Tip Penjagaan Kenderaan Sepanjang Tempoh PKP - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ini 5 Tip Penjagaan Kenderaan Sepanjang Tempoh PKP


Jangan abaikan penjagaan kereta terutama mereka yang memiliki lebih dari satu kenderaan! Dalam situasi sekarang, Ohmedia ingin kongsikan penjagaan kereta bagi memastikan kereta korang mampu berfungsi dengan baik sebaik sahaja ingin digunakan sewaktu selesai tempoh PKP ini.

1. Pastikan bateri kereta dicas


Hidupkan dan panaskan enjin selama 10 minit setiap 7 hari bagi memastikan altenator dapat berfungsi dengan baik. Dalam tempoh 10 minit pemanasan enjin ini, jangan pula duduk di dalam kereta sambil buka penghawa dingin ya sebab ini akan melambatkan lagi proses pengecasan bateri.

Pengecasan bateri ini amat diperlukan sekiranya korang tidak mahu hadapi kesukaran menghidupkan enjin selepas berminggu-minggu tidak menggunakan kenderaan.

2. Semak keadaan tekanan tayar kereta


Keadaan tayar memang selalu diabaikan. Tapi tolong jangan lupakan tips kedua ini sebab kita perlu memeriksa tekanan tayar sebelum melakukan perjalanan dan ini perlu diperiksa setiap dua minggu selepas terbiar.

Jika sebelum ini hanya menggunakan pemerhatian dan tekan tayar menggunakan tangan, kita juga digalakkan untuk menggunakan alat semakan tekanan angin dalam tayar. Sekiranya mendapati angin kurang, dinasihatkan untuk terus bergerak ke stesen minyak berdekatan dan pam angin bagi memastikan penjagaan tayar yang baik.

3. Bersihkan kenderaan dan pastikan bebas dari virus


Tak perlulah Ohmedia terangkan kenapa ini harus dilakukan sebab bukan tangan kita sahaja yang perlu dibersihkan menggunakan sanitizer ya. Kita juga boleh mengelap dalaman kenderaan menggunakan kain yang dicelup dengan air sabun.

Bahagian penting yang perlu dibersihkan adalah stereng, pemegang pintu, tombol gear dan semua tempat yang kerap disentuh.

4. Wiper perlu diangkat


Terutama mereka yang parkir kenderaan di kawasan terbuka dan terdedah dengan matahari. Ini bagi memastikan wiper dapat bertahan dan tidak cepat mengeras selain memastikan cermin kereta korang tidak meninggalkan kesan.

5. Elakkan tayar menjadi leper


Tips ini samalah seperti tips nombor 2. Jika kita lalu di kawasan taman, situasi ini memang dapat dilihat pada ketika ini dan bagi mengelakkan tayar leper, kita boleh menggerakkan kenderaan sedikit ke depan dan ke belakang bagi memastikan tayar tidak terus mengalami tekanan di bahagian yang sama.

Jika tips ini berguna untuk korang, kongsikan ia dan diharapkkan kita terus peka dalam keadaan wabak ini.

+ Baca respon pembaca yang mempunyai kenderaan di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.