Ingatan Datuk Jamali Shadat Semakin Merosot. Seniman Ada Hubungi Tanya Keadaan Sekarang - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ingatan Datuk Jamali Shadat Semakin Merosot. Seniman Ada Hubungi Tanya Keadaan Sekarang


Asyik dengan artis junior, apa pula cerita artis senior dan legend sekarang? Ohmedia tersentuh melihat keadaan pelawak legend yang cukup popular, Datuk Jamali Shadat yang sekarang sudah berumur 78 tahun.

Aoa yang agak menyedigkan, Datuk Jamali sekarang dikhabarkan sudah berubah sikap sejak pemergian isteri tercinta, Allahyarham Lela Yacob yang diserang angin ahmar 2 tahun yang lalu.

Datuk Jamali dikatakan banyak mendiamkan diri dan bagai hilang semangat yang hanya bergantung dengan penjagaan dari anak, menantu dan cucu-cucunya.

Ayah tidak banyak bercakap. Dia lebih suka mendiamkan diri dan ingatannya juga semakin merosot. Ada kala, beliau kenal anak-anak, ada masa pula lupa. Beliau sudah tidak mampu menguruskan diri dan bergantung kepada lampin pakai buang. Malah, beliau juga perlu dibantu apabila ke tandas untuk membersihkan diri. - Kata menantunya, Siti Zabedah Sood.

Zabedah yang merupakan isteri kepada anak keenam Datuk Jamali kini menjaga bapa mertuanya kerana dia tidak bekerja dan tinggal berdekatan dengan ayahnya di Sungai Pinang, Pulau Indah, Klang.

Apa pula respon persatuan Seniman? Zabedah ada mengatakan yang dia menerima banyak panggilan dari Persatuan Seniman Malaysia sejak gambar Datuk Jamali tidak bermaya tersebar di media sosial.

OHMEDIA: DIHARAPKAN ADA PIHAK YANG TAMPIL MEMBANTU DAN SALURKAN BANTUAN APA YANG TERMAMPU. JANGAN BILA SUDAH TIADA, BARU NAK BERI BANYAK PENGHARGAAN. SEMOGA DATUK JAMALI SHADAT TERUS DIBERIKAN KESIHATAN DAN SEMANGAT.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Jamali Shadat di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.