Individu Menyamar Suara Di Aplikasi Bigo, Syamsul Yusof Beri Amaran! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Individu Menyamar Suara Di Aplikasi Bigo, Syamsul Yusof Beri Amaran!


Amboi, berani betul! Siapa individu yang buat Syamsul Yusof marah tu? Haa, kalau korang nak tahu ada individu yang tidak bertanggungjawab menyamar menjadi suaranya di aplikasi Bigo.

Untuk pengetahuan korang semua, anak kepada pengarah Yusof Haslam memang tak ada akaun Bigo dan Facebook tau. Jadi, dia memberi amaran kepada individu tersebut untuk memadam akaun palsu itu sebelum dia ambil tindakan undang-undang.

Ada mamat menyamar jadi suara saya dalam Bigo. Saya tiada langsung account Bigo dan juga Facebook, so yang ada semua tu FAKE ACCOUNT menyamar jadi saya. Kepada mangkuk yang menyamar jadi suara saya tolong DELETE ACCOUNT BIGO tu cepat. Cakap benda bukan-bukan boleh jadi fitnah. Saya penat nak saman orang turun naik mahkamah ni so please jangan paksa. DELETE NOW.

Orang yang buat akaun palsu tu mesti tak ada kerja dan nak raih populariti kan? Ohmedia sarankan korang untuk padam akaun palsu tu secepat mungkin sebelum hidup korang sia-sia jer nanti. Bukan apa, benda ni boleh timbulkan fitnah tau!


OHMEDIA: BERTABAHLAH SYAMSUL!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca minat Syamsul Yusof di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.