Huawei Memperkenalkan Tiga Peranti Terbaru Dibawah Siri Nova 7, Sokong Rangkaian 5G - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Huawei Memperkenalkan Tiga Peranti Terbaru Dibawah Siri Nova 7, Sokong Rangkaian 5G


Semalam, Huawei telah mengumumkan tiga telefon pintar baru mereka dengan sokongan rangkaian 5G. Ketiga-tiga telefon pintar tersebut dibawah siri Nova 7 iaitu Huawei Nova 7 5G, Huawei Nova 7 Pro 5G dn Huawei Nova 7 SE 5G. Buat masa ini, ianya diumumkan hanya untuk pasaran di China sahaja.

Huawei Nova 7 SE 5G


Spesifikasi pada Huawei Nova 7 SE agak rendah berbanding variasi yang lain. Ianya hadir dengan skrin 6.5 inci LCD bersama cip pemprosesan Kirin 820 5G. Memori pada SE ini adalah sebesar 8GB RAM serta storan sebesar 256GB. Baterinya pula sebanyak 4000mAh bersama pengecasan pantas 40W. Untuk kamera belakangnya pula dilengkapi dengan kamera utama 64 megapixel + 8 megapixel ultra lebar + 2 megapixel makro + 2 megapixel depth. Bagi kamera hadapan pula, ianya didatangkan dengan 16 megapixel.

Huawei Nova 7 5G


Huawei Nova 7 5G pula didatangkan dengan skrin 6.5 inci FHD+OLED bersama cip pemprosesan Kirin 985 5G. Memori pada variasi mid spec ini juga hadir dengan 8GB RAM dan storan sebesar 256GB. Ia dijana dengan bateri sebesar 4000mAh. Bagi kamera belakang, ianya didatangkan dengan sensor utama 64 megapixel + 8 megapixel ultra wide + 8 megapixel peroskop + 2 megapixel makro. Untuk kamera hadapan pula didatangkan dengan satu kamera swafoto 32 megapixel.

Huawei Nova 7 Pro 5G



Bagi variasi yang paling berkuasa iaitu Pro, spesifikasinya lebih kurang sama dengan yang variasi biasa dan bezanya hanyalah pada kamera hadapan iaitu dengan kamera swafoto 32 megapixel + 8 megapixel.

Sebelum ini, Malaysia telah membawa masuk peranti siri Nova dan tidak mustahil untuk mereka sekali lagi melancarkan siri Nova terbaru ini di Malaysia gais!

Sumber : GSM Arena

+ Baca respon pembaca penggemar telefon pintar Huawei di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.