Berhimpun Dalam Kandang Lembu, 6 Lelaki Di Tahan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Berhimpun Dalam Kandang Lembu, 6 Lelaki Di Tahan


Petang semalam, Enam lelaki berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an ditahan kerana berhimpun dalam kandang lembu tanpa alasan yang munasabah dekat Permatang Sintok, Penaga ketika polis mengadakan rondaan pemantauan pada jam 6;30 petang disana sebelum menemui mereka.

Polis menahan dan bertanyakan apakah tujuan mereka berkumpul disana sedangkan ketika PKP, semua diarahkan untuk duduk dirumah tetapi mereka gagal bagi alasan yang munasabah kata Asisten Komosioner Noorzainy Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara. Menurut laporan Berita Harian, terdapat sebuah tong ais yang didalamnya mengandungi 48 bungkusan kecil air ketum dan empat botol minuman yang berisi air ketum selepas polis membuat pemeriksaan di kandang lembu tersebut.

Hasil siasatan juga mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod dadah dan menjalani ujian saringan air kencing tetapi keputusannya didapati negatif ketika itu. Kesemua mereka ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 30 (3) Akta Racun1950 dan Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan kesemua air ketum yang berjaya ditemui itu akan dirampas.

Sumber : Berita Harian.

+ Baca respon pembaca enam lelaki ditahan berhimpun dalam kandang lembu di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.