Ebit Lew Terpaksa Berhenti Bantu Orang Selepas Dipanggil Polis? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ebit Lew Terpaksa Berhenti Bantu Orang Selepas Dipanggil Polis?


Viral di media sosial baru-baru ini apabila ada pihak yang sakit hati melihat niat dan kerja baik yang dilakukan oleh seorang pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang mengatakan apa yang dilakukannya Ebit Lew selama ini hanya ingin menunjuk-nunjuk.

Tuduhan ini sangat melampau dan Ohmedia tak sangka pula sampai ada pihak yang melaporkan niat baik Ebit Lew ini kepada pihak polis kerana tak puas hati.

Perkara ini disahkan Ebit Lew apabila mengatakan yang dia tidak mampu lagi untuk membantu orang secara langsung selepas dipanggil oleh pihak polis ke Bukit Aman bagi memberikan keterangan.

Atas nasihat, setakat ini sahaja saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan memindahkan wang pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi di Facebook kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. - Jelasnya.

Ebit Lew juga memberitahu yang dia sudah berjaya membantu dan membayar tempat tinggal untuk lebih seratus orang susah dan hanya beberapa orang sahaja dikongsikan di Facebook untuk kawan-kawan.


Tak apalah ustaz, asalkan niat baik kita untuk membantu orang yang susah tidak mudah terpadam. Semoga dipermudahkanNya. Buat mereka yang tidak puas hati dengan kebaikan orang tu, harap bertaubatlah ya.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang bersama Ebit Lew di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.