Dibenarkan Membeli Barangan Keperluan Hanya Dalam Radius 10 Kilometer - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Dibenarkan Membeli Barangan Keperluan Hanya Dalam Radius 10 Kilometer


Setiap individu hanya dibenarkan untuk keluar dalam jarak lingkungan 10 kilometer untuk membeli barangan keperluan dari rumah masing-masing dan hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk membeli keperluan harian, makanan dan ubat-ubatan. Ianya juga terkandung dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang telah diumumkan semalam.

Peraturan itu telah dikuatkuasakan mulai 1 April sehingga 14 April. Ianya juga menetapkan yang hanya seorang sahaja yang boleh keluar dari rumah sekiranya tidak ada alasan yang munasabah dan sekiranya didapati melanggar arahan ini, akan dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau hukuman penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Jadi elakkan diri dari keluar rumah tanpa sebab yang kukuh dan patuhilah arahan yang telah dikeluarkan demi kebaikan kita semua. Kenapa perlu beli barang jauh-jauh sedangkan kita boleh pergi kedai yang dekat dengan kedai kita jer?

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca dibenarkan bergerak dalam radius 10km di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.