Bella Sudah Hamil? Tersebar Berita Bella & Aliff Sudah Rujuk - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bella Sudah Hamil? Tersebar Berita Bella & Aliff Sudah Rujuk


Pelakon Bella Astillah hamil? Persoalan ini mula menjadi tanya dikalangan peminat selepas Bella di temu bual bersama radio Suria FM dan Bella seperti memberi bayangan sudah berbaik dengan bekas suaminya Aliff Aziz dan dikatakan sudah hamil beberapa bulan.

Penyampai radio Suria FM, Tyzo dan Sharifah Shahirah secara tiba-tiba menyatakan rasa syukur mereka kerana ada khabar angin mengatakan Bella sudah rujuk kembali bersama Aliff dan ini jawapan Bella.


Dah lama berbaik. Saya hormati kedua-dua permintaan kelaurga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus. - Kata Bella.

Kemmudian Tyzo berseloroh nakal dengan bertanyakan soalan, "Berapa bulan dan Bella? Ada yang kata begitu sebab nampak seri mengandung dah ada. Kalau betul, seronoklah kami. Dah check, scan jantina ke?".

Alhamdulillah. Doakan Bella. - Jawab Bella ringkas.

Dari bayangan yang diberikan Bella nampaknya begitulah dan inilah yang terbaik seperti yang dirancang oleh kedua-dua keluarga. Apa-apapun kita sebagai orang luar yang tidak tahu cerita depan dan belakang, baik jangan kata apa-apa dan doakanlah yang terbaik ya.

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Bella di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.