Arab Saudi Gesa Tangguhkan Rancangan Haji Demi Kesihatan Umat Islam - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Arab Saudi Gesa Tangguhkan Rancangan Haji Demi Kesihatan Umat Islam


Sementara wabak covid-19 masih lagi melanda seluruh dunia, Arab Saudi menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan untuk menunaikan haji sehingga keadaan kembali pulih seperi sediakala ataupun wabak ini telah dapat dikawal. Kerajaan Arab Saudi berbuat sedemikian untuk melindungi kesihatan semua umat Islam.

Menteri Umrah dan Haji, Mohammed Saleh Benten ada mengatakan di stesen televisyen Arab Saudi iaitu Al-Ekhbariya dan meminta agar umat Islam di seluruh dunia untuk menangguhkan rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sehingga keadaan kembali pulih. Arab Saudi juga telah menghentikan dan menyekat semua penerbangan antarabangsa ke beberapa bandaraya disana termasuklah Mekah dan Madinah.

Laporan Berita Harian mengatakan yang bulan lepas, Arab Saudi telah menghentikan kemasukan jemaah umrah untuk sepanjang tahun disebabkan kebimbangan wabak covid-19 yang sedang melanda dan semakin membimbangkan.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca kerajaan Arab Saudi gesa menangguhkan haji di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.