Antara Perkara Yang Menjadi Punca Kerosakan Hati - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Antara Perkara Yang Menjadi Punca Kerosakan Hati



Ramai yang berpendapat bahawa alkohol boleh merosakkan hati. Namun tidak semua tahu terdapat beberapa perkara lain yang boleh menjadi punca kepada kerosakan hati. Antaranya, makanan seperti hotdog atau daging yang telah diproses. Hal ini disebabkan makanan tersebut mempunyai banyak lemak dan bahan pengawet yang mampu untuk merosakkan oksidatif hati.


Selain itu, lemak yang berlebihan pada badan disebabkan terlalu banyak makan dan tidak melakukan senaman akan menyebabkan korang mengalami Obesiti. Obesiti boleh membuatkan lemak terkumpul di hati dan menjadi punca kepada penyakit kanser hati. Jika korang jenis tidak aktif melakukan senaman dan aktiviti fizikal, ia boleh menjadi penghalang untuk hati berfungsi dengan baik.


Seterusnya, elakkan untuk mengambil produk pelangsingan kerana ia mampu menjadi racun kepada hati walaupun niat korang untuk menurunkan berat badan. Kurangkan juga untuk mengambil ubat penahan sakit secara berlebihan kerana ubat tersebut mengandungi Acetaminophen yang boleh merosakkan hati jika diambil berulang kali.

OHMEDIA : KORANG MAMPU UNTUK MENGELAK DARI MELAKUKAN PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN HATI

+ Baca respon pembaca antara perkara yang menjadi punca kerosakan hati di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.