Amar Baharin Kongsi Keputusan Tak Lulus Mohon BPN! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Amar Baharin Kongsi Keputusan Tak Lulus Mohon BPN!


Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengetahui keputusan Bantuan Prihatin Nasional dan ada juga yang baru sahaja ingin mendaftar berikutan data lama tidak dapat ditemui. Bagaimanapun, pelakon Amar Baharin turut tidak ketinggalan berkongsi keputusan BPN miliknya dan menunjukkan permohonannya tidak berjaya kerana pendapatan melebihi kelayakan.

Jadi apa agaknya tindakan Amar selepas itu? Haa, ini sepatutnya dicontohi oleh kita semua yang berkemampuan. Amar dikatakan telah membuat keputusan untuk berkongsi rezeki gajinya yang lebih itu untuk memberikan bantuan kepada petugas barisan hadapan.

Dah check dah. Tak lulus pun. Sebab pendapatan pemohon atau pasangan melebihi kelayakan. Jadi yang lebih tu la kami sumbangkan sedikit untuk #frontliners Malaysia. Dengan harapan sedikit buah tangan kami ini dapat meringankan beban hero-hero Malaysia yang berjuang 24/7. Terima kasih barisan hadapan kami yang berkorban untuk perang ini. - Jelas suami kepada Amyra Rosli.

Amar dan isteri turut mengharapkan agar rakyat Malaysia terus bersabar dan melihat lagi cepat kita putuskan rantaian wabak ini, lagi cepat untuk kita dapat keluar mencari rezeki.


Sumber: Amar Baharin

+ Baca respon pembaca yang juga tak lulu BPN di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.