5 Tips Untuk Hilangkan Selsema - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

5 Tips Untuk Hilangkan Selsema


Selsema adalah penyakit yang kerap berlaku pada semua orang. Walaubagaimanapun, selsema akan beransur pulih secara berperingkat mengikut imuniti badan kita. Di bawah ini adalah 5 tips untuk hilangkan selsema.


1. Vitamin C

Vitamin C yang ada dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mampu untuk melegakan saluran pernafasan kita. Ianya juga dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan serta dapat elakkan kita dari dijangkiti selsema.



2. Halia

Halia juga mampu untuk bantu kita melawan masalah selsema dan menghilangkan rasa sejuk dalam badan. Antara caranya ialah masukkan halia ke dalam air limau atau air panas. Selain itu, Amalkan minum air teh halia.


3. Air Masak

Minum air masak dengan secukupnya kerana ia mampu untuk stabilkan suhu badan. Ini kerana selsema akan menyebabkan badan kita kehilangan air. Jus buah-buahan juga boleh diminum kecuali kafein dan minuman alkohol.


4. Rehat

Rehat dengan cukup memberi peranan utama untuk mengurangkan selsema. Oleh yang demikian, orang dewasa perlu tidur selama 6 hingga 7 jam sehari manakala kanak-kanak 8 hingga 10 jam sehari.


5. Makan

Kebiasaannya selsema akan menyebabkan kita tidak mempunyai selera untuk makan. Namun paksa diri untuk makan kerana badan kita perlukan tenaga untuk melawan selsema tersebut.

OHMEDIA : SEMOGA TIPS INI BERMANFAAT KEPADA KORANG YANG BERADA DI RUMAH JIKA DIJANGKITI SELSEMA

+ Baca respon pembaca 5 tips untuk hilangkan selsema di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.