Anda Baru Belajar Masuk Dapur? Ini 5 Tips Asas Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Anda Baru Belajar Masuk Dapur? Ini 5 Tips Asas Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya


Memandangkan kita masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP), masa inilah sepatutnya kita gunakan untuk belajar masuk dapur lebih-lebih lagi anak dara yang berkejaya yang sebelum ini tak pernah pun masuk akibat tuntutan kerja. Oleh itu Ohmedia nak kongsi tip anda 5 tip asas masuk dapur yang korang perlu tahu.

Elak nasi yang dimasak cepat basi.

Sumber gambar dari Sirap Limau
Pastikan beras yang dibasuh betul-betul bersih. Walaupun ianya basic, namun kalau anda gagal melakukannya nasi yang dimasakkan akan jadi cepat basi. Caranya adalah pastikan  air bilasan terdahulu benar-benar telah dikeluarkan dan gunakan air bertapis untuk menanak nasi.

Hilangkan Bau Hanyir Ikan

Sumber gambar dari Sirap Limau

Time-time PKP ni mungkin anda terasa nak makan ikan sungai tapi tak tahu macam mana nak handle bau hanyir ikan berkenaan. Jangan risau, ada beberapa petua yang boleh anda cuba:

  • Cuci dengan air basuhan beras
  • Perap dengan halia yang dicincang halus
  • Perap dengan asam jawa
  • Gosok badan ikan dengan limau kasturi

Hilangkan bau dan rasa yang kurang menyenangkan pada blender

Sumber gambar dari Leaf TV
Kebiasaannya pengisar yang selalunya mengisar cili dan bawang akan mempunyai rasa dan bau yang kurang menyenangkan. Jika pengisar berkenaan turut sama digunakan mengisar untuk membuat jus, pastinya rasa ia akan membuatkan jus berkenaan rasa sedikit pelik. 

Cara untuk menghilangkan adalah dengan mengisar sedikit beras bersama sedikit dalam tempoh 1 minit. Kemudian bilas pengisar berkenaan dengan air bersih.

Elakkan semut menghurung bekas gula

Sumber gambar dari Pinterest
Bagi yang rajin buat air, kadang-kadang berdepan kesukaran apabila bekas gula dihurung oleh semut. Bagi mengatasi masalah ini, letakkan bunga cengkih kerana dikatakan bau bunga cengkih dapat menghalau semut berkenaan.

Elak terkena percikan minyak panas

Sumber gambar dari The New York Times
Bagi anda yang baru belajar masuk dapur, percikan minyak panas sewaktu menggoreng pastinya membuatkan anda berhati-hati semasa menggoreng. Bagi mengelakan perkara berkenaan berlaku adalah ambil sepotong limau nipis dan perahkan ke dalam minyak sebelum dipanaskan.

OHMEDIA: SEMOGA TIP INI BERGUNA UNTUK UNTUK KORANG YA!

Sumber: iProperty



Dikuasakan oleh Blogger.