5 Kesan Buruk Jika Tidak Menjaga Tidur - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

5 Kesan Buruk Jika Tidak Menjaga Tidur



Ohmedia yakin semua tahu bahawa tidur selama 7 jam sehari sudah cukup untuk mendapat rehat yang sempurna. Namun tidak ramai tahu jika tidur lebih lama korang berisiko untuk mendapat beberapa kesan yang buruk antaranya,

Masalah Berat Badan



Jika korang mengalami berat badan yang berlebihan, ia akan membuatkan tidur korang menjadi lebih lama. Selain itu, berat badan akan sentiasa bertambah kerana lebih banyak tidur dan berehat tanpa melakukan senaman. Tidur yang lama juga boleh mengakibatkan korang mengalami masalah pernafasan

Sakit Kepala


Kebiasaannya orang yang kurang dan terlebih tidur akan mengalami sakit kepala kerana tidur mereka tidak berkualiti. Hal ini disebabkan neurotransmitter di otak tidak seimbang. Untuk pengetahuan korang, neurotransmitter yang baik di otak dapat membaiki sistem imunisasi dalam badan.

Mudah Stress


Kebanyakan orang yang menghadapi stress atau depresi akan menghabiskan masa seorang diri tanpa menghiraukan orang lain. Oleh yang demikian, pakar mengesyorkan cara untuk melawan stress antaranya melakukan aktiviti fizikal dan senaman

Sakit Badan


Kualiti tidur yang tidak baik akan mengakibatkan badan kita mudah sakit selepas bangun tidur. Perkara ini disebabkan tidur yang terlalu lama dan kurang pergerakan dalam tidur. Oleh itu, kita disarankan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat supaya dapat kualiti tidur yang baik dan selesa.

Risiko Terkena Penyakit



Pasti ramai di antara kita tidak tahu bahawa tidur yang lama akan terdedah kepada penyakit strok. Selain itu, mereka yang tidur melebihi 8 jam selama 2 kali dalam sehari akan mudah untuk terkena penyakit jantung. Disebabkan itu kita perlu jaga tidur kita dan mendapatkan tidur yang berkualiti.

OHMEDIA : SEMOGA KORANG DAPAT MENGELAK DARI MENGHADAPI SITUASI DI ATAS INI.

+Baca respon pembaca 5 kesan buruk jika tidak menjaga tidur di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.