378 Pesalah Dipenjarakan Akibat Langgar PKP - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

378 Pesalah Dipenjarakan Akibat Langgar PKP


Semalam, seramai 378 individu telah dipenjarakan akibat melanggar Peintah Kawalan Pergerakan. Kenyataan ini juga tular di aplikasi Whatsapp dan beranggapan untuk memberikan pesanan dan nasihat kepada orang awam supaya mengehadkan pergerakan di luar semasa Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Menurut Laporan dari Berita Harian, Jabatan Penjara Malaysia juga telah mengesahkan seramai 378 individu diterima pihaknya akibat melanggar PKP di dalam satu kenyataan. Orang ramai diluar sana dinasihatkan supaya mematuhi segala arahan yang telah diperintahkan untuk mengurangkan penularan wabak covid-19 supaya tidak menjadi penghuni penjara.

Sama-samalah kita bekerjasama untuk mengakhirkan wabak covid-19. Sekiranya kita bukan petugas dibarisan hadapan, apa yang perlu kita buat? Hanya duduk dirumah sahaja untuk membantu mereka. Jangan lupa jaga kebersihan diri, kerapkan basuh tangan dan jaga jarak sekurang-kurangnya satu meter ya.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca 378 dipenjara langgar PKP di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.