3 Daerah Semenanjung & 8 Daerah Sabah Masih Bebas Dari COVID-19 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

3 Daerah Semenanjung & 8 Daerah Sabah Masih Bebas Dari COVID-19


Walaupun ada beberapa kawasan PKP sudah dipertingkat kepada PKPD, perlu diingat yang masih ada 3 daerah di Semenanjung Malaysia yang masih belum mencatatkan sebarang kes COVID-19.

3 daerah itu adaklah di Machang, Yan dan Hulu Terengganu yang masih kekal hijau.

Ini dilihat dari data yang dikeluarkan oleh Puast Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) yang dikeluarkan semalam 12 April 2020 dan daerah terparu yang mencatatkan rekod jangkitan adalah di Kampar Perak seramai 2 orang pesakit.

Kepulauan Borneo pula masih mengekalkan tiga daerah zon merah iaitu Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak serta Tawau Sabah. Di Sabah, lapan daripada 25 daerah bebas wabak berkenaan dan selebihnya diletakkan di bawah zon kuning.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.