Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Sambut Monthsary Dalam Rumah, Ramai Netizen Puji Pasangan Romantis Ini! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Sambut Monthsary Dalam Rumah, Ramai Netizen Puji Pasangan Romantis Ini!


Siapa cakap pasangan suami isteri tak boleh sambut ulang tahun perkahwinan (anniversary) ataupun monthsary sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan? Boleh, tapi dalam rumah jer gais. Kah!

Cuba korang tengok pasangan romantis seperti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sambut monthsary dekat dalam rumah diorang. Ramai betul jealous tengok kehidupan diorang tau. Lagi-lagi yang tengah single dekat luar sana tu hehe.


Baru-baru ini, ada seorang pengguna bernama @bouquetoflilis memuatnaik satu video di Twitter mengenai pasangan romantis itu. Hmm baru sebulan tau usia perkahwinan diorang. Entah-entah sambut setiap bulan, tak hormat betul perasaan orang yang single ni tau.

Because of the MCO, Aiman and Zahirah had their monthsary dinner at home and it’s the cutest thing. This is what influencers should be showing for their audiences to follow. Not showing off their holiday overseas in the midst of this pandemic lol #StayAtHome

Dalam video tersebut, Zahirah mengenakan busana berwarna hitam dan manakala Aiman pula mengenakan suit dari warna yang sama menikmati candle light dinner. Siap main gitar lagi gais!

Rata-rata ramai netizen memuji tindakan pasangan ini. Video yang berdurasi 40 saat itu telah mendapat 19.2k retweets dan 29.6k likes. Ohmedia doakan agar Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza berkekalan hingga ke Jannah. Amin!

OHMEDIA: HAPPY MONTHSARY KEPADA PASANGAN SWEET INI!

Sumber: Twitter

+ Baca respon pembaca minat ZahirAH di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.