Watsons Salurkan Bantuan Penjagaan Kesihatan Kepada Petugas Barisan Hadapan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Watsons Salurkan Bantuan Penjagaan Kesihatan Kepada Petugas Barisan Hadapan


Terima kasih kepada Watsons Malaysia kerana telah menyumbang produk dan bekalan penjagaan kesihatan untuk membantu pihak hospital dan petugas barisan hadapan bagi mencegah penularan jangkitan wabak Covid-19 semalam. Antara yang disumbangkan oleh Watsons Malaysia adalah Watsons Antibacterial Wipes, Watsons Vitamin C, Hand Sanitizers dan juga Rain Coat.

Apa yang lebih menarik, Watsons sentiasa kekal di barisan hadapan untuk memberi sokongan kepada masyarakat yang memerlukannya apabila seluruh negara berusaha untuk memerangi penyebaran wabak.


Usaha tanggungjawab sosial ini mencerminkan komitmen Watsons terhadap meningkatkan kesejahteraan dalam masyarakat dan dibuat dengan kerjasama #KitaJagaKita yang merupakan sebuah NGO bagi mereka yang ingin memberi bantuan kepada yang memerlukan melalui inisiatif sosial mereka. Bekalan ini telah disalurkan ke Hospital Sungai Buloh dan hospital kerajaan serta pusat kesihatan lain.

Kami sangat berterima kasih kepada setiap pekerja kesihatan barisan, kakitangan penguatkuasa dan lain-lain hero #BarisanHadapan yang bekerja tanpa mengenal penat lelah dalam tempoh masa ini. Kami juga berterima kasih kepada pekerja kedai dan farmasi kami yang bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk berkhidmat kepada komuniti, menyediakan barang keperluan semasa ‘stay at home’ ini. Kami berdoa bagi hidup mereka yang telah terjejas secara langsung atau tidak langsung disebabkan wabak ini dan marilah kita mengatasi perjuangan bersama-sama. Watsons sentiasa di sini untuk anda, rakyat Malaysia. -kata Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh


Dalam masa yang sama, Watsons tanpa henti sentiasa berusaha memberikan peringatan kepada rakyat malaysia melalui kempen khidmat masyarakat mereka untuk sentiasa menjaga kebersihan, duduk di rumah dan menjaga jarak sosial.

OHMEDIA: TERIMA KASIH WATSONS MALAYSIA KERANA MEMBANTU HERO-HERO KAMI YANG SEDANG BERTUNGKUS LUMUS MERAWAT PESAKIT COVID-19.

+ Baca respon pembaca sayang Watsons di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.