(Video) MU Terlalu Hebat Untuk Dikalahkan, Bakal Menjadi Juara Liga Eropah? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) MU Terlalu Hebat Untuk Dikalahkan, Bakal Menjadi Juara Liga Eropah?



Manchester United kini selangkah ke suku akhir saingan Liga Eropah selepas menewaskan wakil Austria, LASK 5-0 di Linzer Stadion awal pagi tadi. Beraksi tanpa kehadiran penyokong berikutan wabak Coronavirus yang sedang tular di Eropah dan telah mencatatkan bilangan kes yang tinggi di Itali, Sepanyol dan Perancis.

MU telah menurunkan kesebelasan terbaik mereka dalam perlawanan ini. Juan Mata dan Daniel James mempunyai peluang untuk mencetak gol pembukaan namun percubaan mereka gagal untuk mendapat jaringan. Akhirnya asakan bertali arus MU membuahkan hasil selepas penyerang Nigeria, Odion Ighalo merembat kencang dari luar kotak penalti menewaskan Alexander Schlager untuk jaringan pertama MU. 


Bersambung separuh masa kedua menyaksikan pemain sayap MU, Daniel James menambah gol kedua MU selepas berjaya mengelecek pertahanan lawan sebelum melakukan rembatan leret membolosi gawang LASK. MU menambah 3 lagi gol 10 minit sebelum wisel tamat menerusi Juan Mata, Mason Greenwood dan Andreas Pereira. Keputusan 5-0 ini nyata memberi kelebihan yang besar buat MU yang akan beraksi semula pada perlawanan timbal balik di Old Trafford nanti.


OHMEDIA: MU ANTARA PASUKAN PILIHAN UNTUK MENJADI JUARA LIGA EROPAH PADA MUSIM INI 


+ Baca respon pembaca 

Dikuasakan oleh Blogger.