Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf Jika Kerja Amalnya Kurang Disenangi Sesetengah Pihak - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf Jika Kerja Amalnya Kurang Disenangi Sesetengah Pihak


Siapa saja tak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah mualaf yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya ketika menyampaikan dakwah. Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat beliau kerap melakukan kerja-kerja amal, contohnya memberi penghawa dingin dan sut pelindungan diri kepada frontliner-frontliner kita dalam menangani wabak COVID-19 yang semakin memburuk.



Sayu hati, dari 2 minggu kini 4 minggu tempoh berkurung. Ada negara dah istihar jangan balik raya. Ada yang dah batalkan program negara setahun. Ya Allah ini benar-benar ujian dari mu ya Allah. Kami pohon maafkanlah kami semua ya Allah. Berilah keajaibanMu yaAllah. Kasih sayangMu pada kami ya Allah. Hanya RedhaMu yang kami semua harapkan. Saya tempah dari China 10 ribu Face Shield. Mask 10 ribu. Thermo scan 100. 1000 baju PPE juga. Beberapa hari lagi sampai. Semalam tempah 1000 face shield dengan ustaz @ustazhanafiah dan sahabat yang lain atas inisiatif sendiri. Tahniah ustaz yang amat ku hormati. Subhanallah. Allahuakbar. Yes saya dah pandai buat. Yes. Boleh ajar isteri dengan anak buat dekat rumah. Rumah kami dekat-dekat. Tahniah. Kata mereka kami dapat inspirasi dari video ustaz. Kagum lihat bikers ini semua bersatu hati sama-sama membantu diketuai ustaz hanafi. Pohon doakan yer tengah lengkapkan semua kelengkapan lain yang utama dari china. InsyaAllah akan sampai beberapa hari ini. Kita lihat masa di China hampir semua polis tentera dan semua pegawai hospital pakai face shield ini. Sebenarnya sangat penting untuk mereka barisan hadapan ini. Pohon doakan nak bantu dengan lebih meluas lagi kerana keperluan semuanya benar-benar mendesak-ebitlew
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Kerja-kerja amal berkenaan dikongsikan oleh beliau dilaman sosial miliknya. Dapat dilihat terutamanya doktor-doktor dan nurse-nurse begitu teruja dan sangat berterima kasih atas bantuan yang diberikan. Para netizen juga menyokong kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew. Namun segala kerja amal yang dilakukan kurang disenangi sesetengah pihak kerana dilihat tidak ikhlas atas sebab menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan.

Meskipun dituduh sedemikian, beliau mengambil inisiatif untuk mengendahkan dan meneruskan kerja-kerja amal berkenaan. Beliau turut menambah  akan bersemuka dengan mereka-mereka yang menuduhnya. Beliau menyedari bahawa masih belajar dan mendalami Islam dan memohon kepada Allah agar memaafkan dirinya dan sentiasa diberi kepadanya sifat ikhlas.


Yang jelas, tindakan Ustaz Ebit Lew bukan sahaja mengundang reaksi positif dari kalangan kita orang Islam, bahkan ia turut mengundang reaksi yang sama dari masyarakat bukan Islam.



OHMEDIA: BUKAN TUGAS KITA NAK TENTUKAN KEIHKLASAN  ATAS KEBAIKAN YANG DILAKUKAN OLEH SESEORANG. YANG PENTING BELIAU SUDAH MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI ORANG ISLAM.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Ustaz Ebit Lew mohn maaf kerja amalnya kurang disenangi sesetengah pihak di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.