Usop Wilcha Tampil Dengan Imej Mirip Tony Stark Curi Perhatian Netizen! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Usop Wilcha Tampil Dengan Imej Mirip Tony Stark Curi Perhatian Netizen!


Dah lama kita tak dengar perkembangan tentang seorang pelakon dan juga pelawak, Usop Wilcha. Kalau korang nak tahu beliau pernah berlakon dalam filem Zombie Kampung Pisang dan juga Hantu Kak Limah Balik Rumah yang popular dengan ayatnya ‘Kita bako...kita bako!’.


Baru-baru ini, beliau memuatnaik satu video nyanyian di Twitternya, @real_usopwilcha. Wah! Saling tak tumpah imej Usop mirip seperti watak Tony Stark atau adiwira Ironman tau! Menerusi video yang berdurasi 1 minit 45 saat itu, beliau menyanyikan lagu bertajuk Lady.

Sejak #StayAtHome ni gila tak tahu nak buat apa, teman nyanyi lagu kegemaran yang confirm teman nyanyi kalau pergi karaoke dulu, LADY. Khas untuk lady-lady di luar sana. Versi 1/2 lagu je, mana lady-lady nak versi penuh DM teman, jantan-jantan senyap jangan nak sibuk.

Rata-rata ramai warganet mengatakan beliau sudah lama menyepi dan muncul kembali seperti adiwira tersebut. Posting yang dimuatnaik oleh @real_usopwilcha itu telah mendapat 2.4k retweets dan 5.4k likes di Twitter. Ohmedia doakan agar Usop sentiasa berada dalam keadaan sihat dan semoga maju jaya dalam industri hiburan. InsyaAllah, amin.


OHMEDIA: USOP WILCHA DAH BOLEH JADI IRONMAN MALAYSIA TAU!

Sumber: Twitter

+ Baca respon pembaca masih ingat Usop Wilcha di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.