U Mobile Tawarkan 1GB Data Percuma Setiap Hari Bermula 1 April - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

U Mobile Tawarkan 1GB Data Percuma Setiap Hari Bermula 1 April


Disebabkan semua individu tidak boleh keluar untuk melakukan aktiviti harian akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang dikatakan berlanjutan sehingga 14 April nanti, kalini giliran U Mobile pula menawarkan 1GB data percuma setiap hari bermula 1 April nanti sehingga PKP ini tamat.

Data percuma yang U Mobile tawarkan ini boleh diguna pakai oleh pengguna aktif U Mobile daripada pukul 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari. Pengguna juga dikatakan akan menggunakan data percuma ini terlebih dahulu sebelum meonolak had data pelan yang mereka langgan. Bagi yang tidak ada wifi dirumah dan hanya menggunakan hospot semata, data percuma ini juga boleh dijadikan sebagai hotspot untuk korang layari internet atau sebagainya.

Pengguna U Mobile diluar sana boleh menebus data percuma ini dengan mendail *118*6# bagi yang prabayar dan *118*7# bagi yang pascabayar. Seterusnya pergi ke ruangan Special Offer untuk tebusnya ya. Tapi sebelum Ohmedia terlupa, ianya bermua 1 April tau. Jadi korang jangan terlalu gelojoh ya nak pergi tebus harini pula, kah!

Sumber : Amanz

+ Baca respon pembaca U Mobile tawar 1 GB data percuma di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.