"Thank You Everyone". Tun Siti Hasmah Akhirnya Dapat Suaminya Semula - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

"Thank You Everyone". Tun Siti Hasmah Akhirnya Dapat Suaminya Semula


Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad. Itu sahaja yang kami di Ohmedia boleh katakan selepas apa yang berlaku. Tun Dr Mahathir turut ada menaikkan satu video di Facebook rasminya dengan berkata "Thank you everyone".

Dalam video itu juga, dapat dilihat Tun Dr Siti Hasmah memeluk Tun Dr Mahathir Mohamad dengan erat sambil menyebut "I LOVE YOU". Apa yang mencuit hati lagi adalah Tun Siti Hasmah tidak mahu melepaskan pelukan dan reaksi Tun Mahathir seakan malu.


Tun Mahathir akhirnya membalas pelukan isterinya yang tercinta dan mencuba untuk menenangkan Tun Hasmah yang akhirnya mendapatkan kembali suaminya selepas sibuk menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia.


OHMEDIA: SEKALI LAGI KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH TUN MAHATHIR DAN SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KESIHATAN KEPADA TUN MAHATHIR DAN TUN SITI HASMAH.

+ Baca respon pembaca yang berterima kasih dengan Tun Mahathir di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.