Solat Jumaat Diteruskan Di Seluruh Negeri Buat Masa Ini - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Solat Jumaat Diteruskan Di Seluruh Negeri Buat Masa Ini


Selasa yang lalu, semua menteri Kabinet sudah mengangkat sumpah dihadaparan YDPA dan mereka telah memulakan tugasan di kementerian masing-masing. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudah memulakan tugasnya hari ini yang didahului dengan solat duha di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dr Zulkifli yang tiba di Masjid seawal jam 8.45 pagi bersama timbalannya Ahmad Marzuki Shaary dan pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Paimuzi Yahya. Beliau turut mengimamkan solat sunat bagi memohon terhindar dari penularan wabak koronavirus sebelum memberikan kenyataan kepada pihak media.

Sebelum ini, ada beberapa kekeliruan terhadap umat Islam Malaysia yang keliru samaada Solat Jumaat harus dilakukan atau boleh ditinggalkan berikutan penyebaran wabak.

Dr Zulkifli tampil memberikan penjelasan yang berkata Solat Jumaat akan diteruskan di masjid seluruh negara kerana ia selaras dengan Firman Allah dan hukum asal solat Jumaat yang wajib. Tetapi sebaliknya jika keadaan semakin meruncing.

Berdasarkan situasi semasa, setakat ini tiada keperluan untuk tiadakan solat Jumaat di masjid. Orang ramai disarankan mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan khutbah perlu dipendekkan bagi mengurangkan jemaah terdedah dengan persekitaran. Dalam hal ini beberapa garis panduan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - Jelasnya.

Sebarang perhimpunan keagamaan atau program agama juga dinasihatkan untuk ditangguhkan terlebih dahulu dan sekarang pihak JPM sedang menyediakan lima kertas kerja yang akan menyusun SOP mengenai solat Jumaat, bersalaman, kenduri kahwin dan pengurusan mandi jenazah yang meninggal akibat Covid-19.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang tertanya-tanya tentang solat Jumaat di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.