Skuad Muda Bawa Arsenal Ke Suku Akhir Piala FA Inggeris! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Skuad Muda Bawa Arsenal Ke Suku Akhir Piala FA Inggeris!



Pusingan kelima Piala FA Inggeris antara Portsmouth dan Arsenal telah berlangsung awal pagi tadi. Perlawanan yang berlangsung di Fratton Park menyaksikan skuad kendalian Mikel Arteta menurunkan ramai pemain muda di kesebelasan utama pasukan. Arsenal berjaya melakukan beberapa serangan awal untuk mendapatkan jaringan. Tuan rumah juga mempunyai peluang untuk mencetak jaringan namun tandukan Evans tersasar.


Jaringan pertama Arsenal akhirnya terhasil menerusi Volley dari Sokratis selepas menerima hantaran lintang Reiss Nelson pada penghujung separuh masa pertama. Bersambung separuh masa kedua Nelson sekali lagi menghasilkan bantuan gol untuk membolehkan Eddie Nketiah menjaringkan gol kedua Arsenal.


Keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat untuk melayakkan Arsenal ke suku akhir. Nampaknya skuad muda Arsenal mempunyai peluang untuk menyinar pada masa depan. Pasti bakat pemain ini dapat menarik kelab besar untuk mendapatkan khidmat mereka.

OHMEDIA : ARSENAL MAMPU LAYAK SEKURANG-KURANGNYA KE PERINGKAT SEPARUH AKHIR PIALA FA INGGERIS

+ Baca respon pembaca Arsenal Arsenal layak ke suku akhir Piala Fa Inggeris di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.