Tak Mampu Beli Buku, Seorang Pelajar Salin Nota Atas Daun Pisang - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tak Mampu Beli Buku, Seorang Pelajar Salin Nota Atas Daun Pisang


Tak semua orang dilahirkan dalam keadaan sempurna. Ada yang hidup mewah dan juga sebaliknya. Pada mereka yang celik mata jer dah tersedia segala kelengkapan hidup, korang sepatutnya bersyukur kerana ada orang yang hidupnya sangat susah.

Walaupun hidup serba kekurangan, namun Erlande Monter seorang pelajar berasal dari Filipina ini tidak menjadikan alasan untuk tidak belajar. Dia tetap bersungguh-sungguh demi mendapatkan pendidikan yang lebih baik.

Erlande tekad untuk belajar bersungguh-sungguh walaupun terpaksa menyalin nota di atas daun pisang! Dia juga tidak berasa malu dengan kehidupannya malah dia nekad untuk membuktikan bahawa kemiskinan itu bukanlah satu penghalang untuknya menjadi seorang tentera.


Guru kepada pelajar ini telah berkongsi gambar-gambar tersebut dilaman Facebook mengenai anak muridnya yang menyalin nota menggunakan daun pisang kerana keluarganya tidak mampu untuk membelikan buku. Perkongsian ini telah menarik perhatian netizen apabila melihat kesungguhan kanak-kanak ini menuntut ilmu.

OHMEDIA: ORANG TUA-TUA ADA CAKAP, NAK SERIBU DAYA, TAKNAK SERIBU DALIH. SEMOGA ADIK NI BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA DIA.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca pelajar salin nota atas daun pisang ini di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.