Selepas Tomok Mohon Maaf, Kini Giliran Black Pula! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Selepas Tomok Mohon Maaf, Kini Giliran Black Pula!


Ohmedia baru je post tentang Tomok buat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas isu permintaan bantuan khas dari pihak kerajaan kepada golongan artis, kali ini giliran Black Hanifah pula gais! Alhamdulillah.


Kenyataan daripada Black sebelum ini membuatkan ramai orang rasa marah dan tidak selesa walaupun pada asalnya niat hanya ingin membantu tetapi beliau mengaku caranya adalah salah. Baru-baru ini, Black memuatnaik satu video di Instagramnya, @black.hanifah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapannya.

Baru-baru ini saya ada keluarkan satu kenyataan yang membuatkan ramai orang tak selesa dan marah. Niat saya nak membantu tapi cara saya itu salah, komen-komen saya juga buat orang marah. Jadi, saya ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan saya, saya pun manusia biasa melakukan kesilapan. Saya harap netizen di luar sana hentikan komen yang tak baik kepada saya dan keluarga saya. Di sini juga saya juga berterima kasih kepada Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan hak sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia. Jangan gaduh-gaduh dah, stay at home.

Haa, artis Malaysia macam ni lah kita mahukan! Bila kita melakukan kesilapan, kenalah minta maaf dan jangan mengulangi perkara yang sama. Korang pun janganlah over sangat sampai attack satu family dia. Okay gais, yang penting masing-masing dah minta maaf. Itu lebih baik!

OHMEDIA: ALHAMDULILLAH, SORANG-SORANG DAH MINTA MAAF.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca sayang artis Malaysia di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.