Ronaldo Hulur Bantuan Di Hospital Portugal - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ronaldo Hulur Bantuan Di Hospital Portugal


Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo tampil menghulurkan bantuan di beberapa buah Hospital di negara kelahirannya, Portugal. Ronaldo dan ejennya Jorge Mendes telah memberi beberapa peralatan perubatan seperti katil,ventilator,alat suntikan dan sebagainya.


Ronaldo juga akan memberi sumbangan di wad Hospital Lisbon dan Porto. Sumbangan Ronaldo ini dikatakan untuk membantu pesakit COVID-19 mendapat rawatan sebaiknya. Untuk pengetahuan korang, lebih 2300 orang telah dijangkiti wabak COVID-19 di Portugal dan 29 kematian telah dicatatkan.


Semoga sumbangan dari Ronaldo dapat membantu pesakit di sana yang sedang berjuang untuk terus hidup. Ronaldo yang kini merupakan pemain utama Juventus pernah beraksi bersama pasukan negara kelahirannya, Sporting Lisbon sebelum Manchester United melihat bakat yang ada pada dirinya. Akhirnya beliau secara rasmi menyertai MU pada 2003 dan kini telah menjulang banyak piala dan anugerah serta mendapat gelaran sebagai pemain terbaik dunia.


OHMEDIA : SEMOGA APA YANG DILAKUKAN RONALDO INI MENJADI DORONGAN KEPADA ORANG RAMAI DI LUAR SANA UNTUK TURUN MENGHULURKAN BANTUAN BAGI MERAWAT PESAKIT COVID-19

Sumber: Semuanya BOLA

Baca respon pembaca Ronaldo Hulur Bantuan di Hospital Portugal di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.