(Video) Rider Grab Food Terpelanting Gara-Gara Pemandu BMW Menukar Lorong Secara Mengejut! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Rider Grab Food Terpelanting Gara-Gara Pemandu BMW Menukar Lorong Secara Mengejut!


Kelmarin telah tular satu rakaman video kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motorsikal yang merupakan penghantar makanan dikenali sebagai Grab Food dan sebuah kereta BMW. Video ini telah tular selepas dikongsikan di laman sosial Facebook.


Dalam video ngeri itu, kita dapat lihat pemandu kereta BMW ini telah menukar lorongnya secara mengejut tanpa memberi signal. Penukaran secara mengejut yang dilakukan oleh pemandu itu telah mengakibat penunggang motorsikal tersebut melanggar keretanya dari arah belakang dan terpelanting!


Ohmedia faham, penunggang motosikal ini juga salah kerana tidak menggunakan laluan motor. Tapi yang buatkan Ohmedia geram, pemandu kereta tu langsung tidak berhenti memberi bantuan malah terus meninggalkan penunggang motosikal ini ditengah jalan raya. Takda hati perut langsung!

Kesan dari kemalangan tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan patah bahu kiri dan buat masa sekarang mereka ingin mengetahui dan mencari pemandu BMW tersebut untuk bertanggungjawab atas kejadian ini.

OHMEDIA: HARAP PEMANDU BMW INI TAMPIL UNTUK MEMBERI KETERANGAN DAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS INSIDEN INI.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca rider grab food terpelanting di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.