(Video) RB Leipzig Belasah Pemain Spurs Hingga Menangis - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) RB Leipzig Belasah Pemain Spurs Hingga Menangis



Wakil Jerman, RB Leipzig mencipta kejutan setelah menewaskan finalis UEFA musim lepas Tottenham Hotspur 3-0 untuk mara ke suku akhir dengam agregat 4-0. Beraksi di halaman sendiri pastinya dapat menaikkan moral pemain Leipzig. Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-10 menerusi sepakan leret luar kotak penalti dari ketua pasukan, Marcel Sabitzer.


9 minit kemudian Leipzig mencetak gol kedua selepas penyerang mereka, Timo Werner berjaya menyempurnakan hantaran lintang dari Angelino namun jaringan tersebut dibatalkan kerana offside. Tersentak dengan keputusan pengadil, Leipzig terus mengatur serangan dan hasilnya Marcel Sabitzer sekali lagi meledak gol menerusi tandukan pada minit ke-21 untuk Leipzig selesa 2 gol di hadapan. Ohmedia lihat Hugo Lloris beraksi kurang cemerlang selepas gagal untuk menepis kemas 2 jaringan awal dari tuan rumah.


Bersambung separuh masa kedua Spurs berjaya melakukan beberapa percubaan namun ianya tidak diterjemahkan dalam bentuk jaringan. Pemain gantian, Emil Forsberg mencuri perhatian selepas menjaringkan gol ketiga Leipzig walaupun tidak sampai seminit dimasukkan. Keputusan 4-0 secara agregat kekal hingga wisel penamat untuk memastikan RB Leipzig layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.


OHMEDIA : KETIADAAN HEUNG MIN SON DAN HARRY KANE MEMBERI IMPAK KEPADA KEKALAHAN SPURS DALAM PERLAWANAN INI

+ Baca respon pembaca RB Leipzig Belasah Pemain Spurs Hingga Menangis di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.