(Video) Rambut Lelaki Ini Dibakar Semasa Meniup Lilin Kek Hari Jadi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Rambut Lelaki Ini Dibakar Semasa Meniup Lilin Kek Hari Jadi


Alamak, sedih betul sambutan hari jadi seorang remaja lelaki di sebuah restoran. Korang nak tahu kenapa? Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang bernama @dxnots di Twitter memuatnaik satu video mengenai sambutan hari jadinya bersama kawan-kawan.

Semasa beliau meniupkan lilin selepas menyanyikan lagu Happy Birthday, kawan-kawan yang lain sedang menyembur spray string menghala ke arahnya lalu api mula menyambar ke atas rambutnya. Aduh! Dah macam ghost rider Ohmedia tengok. Nasib baiklah budak lelaki tu selamat tau.


Ohmedia perasan juga semasa dia menundukkan kepala, rambut dia sipi-sipi je nak kena api tu. Lepas tu, kena spray pula dengan kawan-kawan. Hmm memang mendapat lah! Untuk pengetahuan korang semua, spray tu kalau boleh jangan terlalu dekat dengan api sebab boleh membahayakan nyawa orang lain.

Video yang berdurasi 23 saat ini telah mendapat 15k retweets dan 11.5k likes di Twitter. Rata-rata reaksi daripada warganet terhibur dengan kejadian ini dan ada juga mengucapkan selamat hari jadi kepada beliau.

OHMEDIA: JANGAN TIRU AKSI SEPERTI DALAM VIDEO TU OKAY.

Sumber: Twitter

+ Baca respon pembaca takut api di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.