Raja Permaisuri Perak Buka Akaun Instagram Rasmi, Ucap Terima Kasih Kepada Pasukan Keselamatan Negara - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Raja Permaisuri Perak Buka Akaun Instagram Rasmi, Ucap Terima Kasih Kepada Pasukan Keselamatan Negara


Wah! Kalau korang nak tahu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim telah membuka akaun Instagram rasmi, @tuankuzarasalim sejak tiga hari lalu tau. Jangan lupa follow gais! Baginda adalah salah satu kegemaran Ohmedia dari dulu lagi.


Apa yang lebih menarik, baginda juga merakamkan penghargaan kepada Pasukan Keselamatan Negara bagi menangani wabak jangkitan Covid-19 dengan memuatnaik beberapa gambar anakanda iaitu Raja Nazira Safya dan Raja Azlan Muzaffar Shah bersama dengan Sultan Nazrin Muizzuddin di Instagramnya.

Terima kasih kepada wira dan wirawati kita di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hospital di seluruh negara yang berjuang. Tak kira penat tak. Tak kira bahaya. Tak kira kepentingan diri.

Setakat ini sebanyak 7.3k pengikut di Instagram baginda. Korang jangan lupa follow tau! Tak sabar nak tengok perkembangan keluarga baginda.

OHMEDIA: DAULAT TUANKU!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca sayang baginda di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.