OM Leaderboard Ad

Putera Charles Disahkan Positif COVID-19, Kini Diasingkan!


Satu persatu nama besar dunia positif COVID-19. Tidak mengira siapa, terbaru Clarence House turut mengesahkan bahawa Putera Charles turut disahkan positif COVID-19 selepas menunjukkan gejala ringan.

Dengan itu, Putera Charles kini telah mengasingkan diri di Scotland dengan Duchess of Cornwall. Camilla yang telah diuji negatif COVID-19.

Menurut nasihat kerajaan dan perubatan, Putera dan Duchess kini mengasingkan diri di Scotland. Ujian itu dijalankan oleh NHS di Aberdeenshire di mana mereka memenuhi kriteria yang diperlukan untuk ujian. - Kata Clarence House.

Kali terakhir Putera Charles berada di lapangan adalah semasa menghadiri majlis makan malam di Mansion House London pada 12 Mac untuk membantu usaha bantuan hutan di Australia.

Sumber: Sky News

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.