OM Leaderboard Ad

PU Azman Akan Mengadakan Kelas Tuisyen Secara Live Untuk Pelajar SPM


Memandangkan semua pelajar tengah cuti sekolah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan akibat jangkitan wabak Covid-19 yang sedang berleluasa di seluruh negara, mesti ibu bapa tengah fikirkan tentang pembelajaran anak-anak terutamanya pelajar yang akan menghadapi SPM tahun ini kan?


Jangan risau! Kalau korang nak tahu PU Azman akan mengadakan kelas tuisyen untuk pelajar SPM secara siaran langsung (live) di Instagramnya, @puazmanofficial. Perkongsian ini telah dimaklumkan oleh Cik Man sendiri melalui satu postingnya.

Cik Man nak buat tuisyen online percuma melalui IG LIVE untuk subjek SPM Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Siapa boleh pinjamkan buku teks? Cik Man akan huraikan ikut sukatan SPM dan huraian tambahan. Cik Man cuba bantu mana yang boleh. Jangan cadangkan download yer. Sebab Cik Man nak pegang buku ketika mengajar. Lebih selesa.

Wah, untungnya budak zaman sekarang ada kelas tuisyen melalui Instagram (IG) Live. Dulu masa zaman Ohmedia tak ada pun ada kelas tuisyen macam ni tau! Ohmedia doakan buat pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ni akan mendapati keputusan cemerlang. InsyaAllah, amin.

OHMEDIA: TERBAIKLAH CIK MAN!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca setuju dengan Cik Man di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.