Premis Sorok Topeng Muka Diserbu KPDNHEP - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Premis Sorok Topeng Muka Diserbu KPDNHEP


Demi mengejar keuntungan disaat sukar, terdapat cubaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab cuba sorok bekalan topeng muka kemudian menjualnya dengan tidak masuk akal menerusi laman sosial seperti Facebook.

Oleh yang demikian bertindak dari hasil maklumat yang diterima oleh orang awam, KPDNHEP telah bertindak menyerbu sebuah premis menyorok bekalan topeng muka dan merampas kira-kira 223,000 unit topeng muka tiga lapis dengan nilai RM446,000 di Kota Damansara.

Menurut info yang dipetik dari Berita Harian, topeng muka berkenaan dijual dengan harga lebih tinggi dari harga siling, iaitu pada RM3.50 berbanding RM2 yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Topen muka ini dijual menerusi Facebook Face Mask  Wholesale (Malaysia Only) dan Pseud John Elton.

Suspek menggunakan pesanan WhatsApp untuk menerima pesanan dan melakukan Cash On Delivery (COD) dikawasan sekitar Kota Damansara sebagai kaedah penjualan topeng muka berkenaan. Tindakan suspek berkenaan boleh disabitkan kesalahan di bawah Sesyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) seperti yang diambil dari Berita Harian.



Pihak KPDNHEP mengharapkan agar orang ramai dapat menyalurkan maklumat mengenai kegiatan-kegiatan seperti ini kepada mereka dengan melaporkan melalui talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/6245.

OHMEDIA: KAN DAN TERCIDUK! DEMI MENGEJAR KEUNTUNGAN, KAU SANGGUP BUAT ORANG LAIN MERANA. MEMBUSUKLAH KAU KAT DALAM PENJARA.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca premis sorok topeng muka diserbu KPDNHEP di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.