Biadap & Maki Hamun Anggota! Polis Tidak Teragak-Agak Tahan Mereka Yang Degil - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Biadap & Maki Hamun Anggota! Polis Tidak Teragak-Agak Tahan Mereka Yang Degil


Walaupun sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melaporkan yang sebanyak 95% rakyat Malaysia sudah mula mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi masih ada lagi segelintir individu yang berdegil dan pihak polis terpaksa mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka.

Pihak polis melaporkan yang masih ada individu yang memberikan alasan yang tidak munasabah untuk keluar dari rumah dan ada yang mengingkari arahan dengan mencabar tugas pasukan hadapan negara ini ketika melakukan sekatan jalan raya semasa PKP.

Pada peringkat awal polis mengambil pendekatan merayu, menjelaskan dan menasihati orang ramai supaya mematuhi PKP. Namun, polis tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dengan menahan individu yang ingkar. Seramai 110 individu ditahan kerana ingkar malah ada yang bersikap biadap, mencabar, memaki hamun dan mengkasari anggota disebabkan tidak mahu beredar. - Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada Berita Harian.

Berita Harian juga ada melaporkan yang pihak polis telah memberi amaran kepada orang ramai agar mematuhi arahan PKP dan sebarang arahan yang dikeluarkan selepas ini atau pihak polis akan menahan individu yang berdegil.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan mereka yang masih berdegil di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.