Pereka Fesyen Kutip Dana Untuk Bantu Petugas Perubatan Hospital - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pereka Fesyen Kutip Dana Untuk Bantu Petugas Perubatan Hospital


Pereka fesyen, Rico Rinaldi telah bekerjasama dengan MEDTWEETMY, Youth Care dan My Fund Action untuk mengutip dana dan menyalurkan kepada petugas perubatan di Hospital Putrajaya. Antara barangan asas yang beliau berikan kepada barisan hadapan ialah beras,telur,minyak masak dan gula.


Selain itu, Rico juga telah menyediakan chalet modular kecemasan yang disewa khas untuk pesakit COVID-19 ditempatkan, ini kerana bilangan pesakit yang dijangkiti wabak itu semakin meningkat. Rico juga memahami komitmen yang perlu dijalankan oleh petugas perubatan sehingga ada di antara mereka tiada masa untuk balik ke rumah.


Oleh yang demikian, Rico telah membekalkan Toiletries kepada mereka semua. Niat baik Rico juga turut dibantu oleh rakan artis dan rakan perniagaan untuk menempatkan empat buah chalet modular kecemasan di Hospital Putrajaya. Rico juga telah berpesan kepada orang di luar sana supaya kurang untuk melakukan aktiviti di luar rumah supaya dapat mencegah dari dijangkiti wabak COVID-19.

OHMEDIA: SOMAGA SUMBANGAN DARI RICO INI DAPAT MEMUDAHKAN PETUGAS PERUBATAN DI HOSPITAL PUTRAJAYA MENJALANKAN TUGAS MEREKA

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca pereka fesyen kutip dana untuk bantu petugas perubatan hospital di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.