Ribuan Penduduk Serbu Kedai Ganja Selepas Dibenarkan Beroperasi Sehari - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ribuan Penduduk Serbu Kedai Ganja Selepas Dibenarkan Beroperasi Sehari


Penjualan ganja di Belanda dibuka semula? Ia, ini apa yang berlaku apabila kerajaan Belanda menarik semula keputusan untuk menyekat dan menutup semua kedai ganja di sana. Pusingan U ini terpaksa dilakukan selepas mendapat desakan dari rakyat Belanda yang tidak sempat mendapatkan stok bekalan ganja.

Oleh itu, semua kedai menjual ganja telah dibuka untuk tempoh satu hari yang kini sedang dalam perintah 'lockdown'. Sebelum ini juga telah tersebar di media sosial yang menyaksikan orang ramai menyerbu kedai ganja selepas diarahkan tutup sehingga 6 April.


Walaupun kedai ganja dibuka semula, pelanggan tetap tidak boleh menghisap ganja di dalam premis dan hanya boleh melakukan pembelian 'takeaway'.

Sumber: Daily Mail

+ Baca respon pembaca pembukaan kedai ganja di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.