Pekerja Kilang Thailand Kantoi Dengan Penguatkuasa, Jual Semula Topeng Muka Yang Sudah Dipakai - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pekerja Kilang Thailand Kantoi Dengan Penguatkuasa, Jual Semula Topeng Muka Yang Sudah Dipakai


Korang nak tahu tak ada sebuah kilang yang terletak di Saraburi, Thailand sanggup menjual semula topeng muka yang sudah dipakai kepada orang awam semata-mata ingin mendapatkan keuntungan yang lebih? Haih, masih ada lagi manusia yang bertopengkan syaitan macam ni tau!


Apa yang Ohmedia tak boleh terima adalah pekerja-pekerja kilang tersebut menggunakan seterika supaya topeng muka yang sudah dipakai itu kelihatan baru sebelum dimasukkan ke dalam kotak. Walau bagaimanapun, perbuatan terkutuk mereka telah dikantoikan oleh pihak berkuasa yang membuat serbuan dekat kilang tu semasa mereka sedang sibuk mengasingkan topeng muka.


Haa, tulah! Buat lagi benda yang tak baik, last-last dah kena kantoi dengan polis. Dalam masa sehari tu, diorang boleh kitar semula 300 hingga 400 topeng muka tau dan pekerja kilang akan menerima bayaran sebanyak 1 Bath (RM0.13) untuk satu topeng muka gais.

Workers said they got paid at Bt1 per piece, while they recycled around 300-400 masks per day per person.

Ohmedia cuma nak memberi pesanan sikit untuk korang semua kalau nak berniaga tu, kenalah ada sikap jujur dan ikhlas kepada pelanggan. Daripada korang kantoi dengan pihak berkuasa disebabkan perbuatan terkutuk, perniagaan korang akan hilang keuntungan dan daripada korang jujur dalam perniagaan, korang akan dapat keuntungan yang lebih dan rezeki yang melimpah ruah tau. Fikir-fikirkanlah gais.

OHMEDIA: BERNIAGALAH DENGAN JUJUR DAN BIJAK GAIS.

Sumber: The Nation Thailand

+ Baca respon pembaca tak suka menipu dalam perniagaan di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.