Nike Akan Hasilkan Face Mask Untuk Hospital Di Amerika Syarikat - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Nike Akan Hasilkan Face Mask Untuk Hospital Di Amerika Syarikat


Syarikat terkemuka, Nike akan mengeluarkan personal Proctective Equipment (PPE) serta face shield untuk dibekalkan ke Hospital di Amerika Syarikat. Nike juga dikatakan mengikut berapa syarikat besar lain seperti LVMH, Saint Laurent dan Balenciaga yang telah menghasilkan PPE masing-masing.


Situasi yang melanda dunia ketika ini telah mencetus idea Nike untuk membuat produk tersebut kerana mereka juga mempunyai rasa tanggungjawab untuk mencegah penularan pendemik COVID-19 pada ketika ini. Oleh yang demikian, Nike akan berkerjasama dengan OHSU untuk menghasilkan prototype face shield yang terbaik dan akan diberikan kepada petugas di barisan hadapan menggunakannya.


Untuk pengetahuan korang, perancangan tersebut telah diumumkan oleh John Donahoe yang merupakan CEO Nike. Nike dan Oregon Health & Science University (OHSU) akan menghulurkan bantuan di beberapa buah Hospital di Oregon untuk permulaan ini.

OHMEDIA : NAMPAKNYA SYARIKAT-SYARIKAT GERGASI DI DUNIA TELAH MENGHASILKAN PPE SENDIRI


Sumber: The Vocket

+ Baca respon pembaca Nike akan hasilkan face mask untuk hospital di Amerika Syarikat di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.