Netizen Berang Lihat Tupai Dihukum Dengan Kejam Akibat Curi Durian - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Netizen Berang Lihat Tupai Dihukum Dengan Kejam Akibat Curi Durian


Tergamak sungguh hati seorang manusia ini apabila melakukan perbuatan zalim terhadap seekor haiwan. Menurut Persatuan Haiwan Malaysia di Facebook, seekor tupai dihukum dengan kejam kerana mencuri buah durian.


Sebenarnya itu adalah fitrah haiwan liar untuk mencari makanan tau. Kalau ya pun menganggu perkebunan korang, janganlah sesekali menzalimi dan menyakiti tupai semata-mata nak menakutkan tupai yang lain.

Walau bagaimanapun, pemilik dusun tersebut diheret ke mahkamah dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar atas perbuatan yang melampaui batas. Kalau korang nak tahu perbuatan ini adalah di Malaysia!

Tak salah pun kita nak berkongsi rezeki dengan haiwan. Anggap jelah kita bagi sedekah kan. Lagi banyak berkongsi rezeki, lagi bertambah pahala dan makin luas rezeki kita tau.

Posting yang dimuatnaik oleh Persatuan Haiwan Malaysia ini telah mendapat 6.3k likes dan 1.9k shares di Facebook. Rata-rata netizen berasa amat berang melihat perbuatan pemilik dusun tersebut. Hmm Ohmedia pun tak suka bila tengok orang seksa haiwan macam tu. Memang wajar lah pemilik dusun tu kena!

OHMEDIA: SENDIRI BUAT, SENDIRI TANGGUNG!

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca pencinta haiwan di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.