Muhyiddin Yassin Mula Bertugas Hari Ini Sebagai Perdana Menteri Baru - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Muhyiddin Yassin Mula Bertugas Hari Ini Sebagai Perdana Menteri Baru


Baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah pun dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan sebagai perdana menteri telah diadakan semalam di Istana Negara.

BACA : Tan Sri Muhyiddin Yassin Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-8


Hari ni, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 72 akan memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan. Berita harian melaporkan yang beliau telahpun memasuki Pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra pada pukul 8 pagi tadi untuk memulakan tugas baru yang digalasnya secara rasmi. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali menyambut ketibaan Muhyidin dan bawanya kearas 5 iaitu Pejabat Perdana Menteri.

Sebelum memulakan tugas, Muhyiddin menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas. Hari ini merupakan hari pertamanya dan beliau mempunyai temujanji dengan Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mohd Zaki.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Muhyiddin Yassin mula bertugas di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.